Kenapa saya selalu gagal?

Telekung Kadza by Indrianna - Malaysia's Exclusive handmade telekung/prayer Robes. Buy Telekung Online Malaysia. Muslimah Fashion, Hijab FashionTelekung Kadza by Indrianna - Malaysia's Exclusive handmade telekung/prayer Robes. Buy Telekung Online Malaysia. Muslimah Fashion, Hijab Fashion, Kenapa saya selalu gagal

FAKTOR USAHAMU SELALU GAGAL/WHY DO I KEEP FAILING?

Salam semua, hari ni kita akan menulis mengenai sesuatu yang saya rasa semua orang pernah alami..benda yang normal tetapi saya pasti semua pernah melaluinya..

Kita sering mendengar ada yang mengatakan:

  • Saya sudah berusaha tetapi masih tak dapat apa-apa pun

  • Usaha atau tidak, tak kisah la..Rezeki tu dah ditentukan

  • Mengapa aku yang susah payah berusaha dapat macam ini saja, dia tak usaha dapat rezeki lebih?

Di sini, ingin saya berkongsi beberapa tips untuk memperbaiki diri kita. Terdapat pelbagai faktor mengapa usaha itu banyak gagal dari berjaya. Antara yang dapat saya kongsikan adalah:

  1. Manusia selalu merasakan bahawa dengan meletakkan usaha yang maksimum, mereka pasti akan selalu berjaya. Tetapi manusia sering lupa betapa kerdilnya kita ini.. ada di antara kita yang tidak meminta dan berbisik pada Ilahi “Ya Allah, redhailah usahaku”, “Ya Allah terima usahaku sebagai satu ibadah umumku”. Jika anda sudah melakukan, Syabas.. Teruskan. Tetapi bagi yang belum. Mulailah sekarang, Alhamdulillah, anda masih diberi petunjuk untuk memperbaiki dirimu.
  2. Manusia selalu dan terus merasa usaha dan amalku akan aku perolehi dengan usaha kerasku. Inilah yang dikatakan “takabbur” dengan apa yang sedang diusahakan oleh manusia itu sendiri.
  3. Kerana kami sebagai manusia terlalu jarang, meminta dengan bersungguh-sungguh. Kita mendirikan solat ala kadar sekadar melepaskan kewajipan dan selalu menggunakan alasan seperti “Alaaa…yang penting aku solat.. dia langsung tak solat.. lagi teruk dariku.. aku ni dah considered ok laa”. Kita tidak memperhatikan dari hal yang remeh temeh dalam solat dan suka solat secara express, dan juga selalu terdetik dalam hati bahawa “Aku sudah mempelajari solat ketika usia mudaku, jadi itu sudah cukup yang aku bawa hingga kemati”.Benarkah begitu?? Benarkah solat hanya wajib belajar ketika usia muda?? Adakah hanya diwaktu usia muda solat perlu benar dan betul? Kita perlu duduk dan muhasabah diri.. Bila kita kenal diri kita, Inshaa Allah, kita akan kenal Allah SWT.
  4. Apakah yang anda baca didalam solat? Adakah kamu mengerti apa yang sedang anda lafazkan dalam solatmu? Sehingga engkau mengatakan الله أكبر hatimu masih dimana-mana, matamu masih tercari dimana posisi yang terbaik untuk aku menatap?? Adakah begitu solat mu? Marilah kita fokus dalam perkara yang paling asas iaitu solat. Semoga Allah menerima amalan kami semua. Aamiin.
  5. Bagaimanakah keadaan kita bila kita berhadapan dengan Allah? Ada di antara kita yang tidak memerhatikan pakaian solat, tidak memelihara tubuh (aurat) dengan sempurna, tidak melihat sama ada pakaian itu bernajis atau tidak. Bukannya hendak menimbulkan perasaan was-was akan tetapi belajarlah mendidik dirimu untuk melihat pakaian supaya bersih suci dari sebarang najis. Pakailah pakaian sempurna dalam solatmu, pakailah pakaian yang paling engkau sukai dalam solat, pakailah pakaian solat yang menutup auratmu, pakailah pakaianmu dengan sebenar-benar pakaian muslim atau muslimah. Sesungguhnya Allah itu cantik dan suka kepada yang cantik.

Pelbagai aneka pakaian solat di website kami di www.kadzafashion.com.

 

Telekung Kadza by Indrianna - Malaysia's Exclusive handmade telekung/prayer Robes. Buy Telekung Online Malaysia. Muslimah Fashion, Hijab Fashion, The All New Royal Blossom Series,
Telekung Kadza by Indrianna – Malaysia’s Exclusive Handmade telekung/prayer Robes.
Telekung Kadza by Indrianna - Malaysia's Exclusive handmade telekung/prayer Robes. Buy Telekung Online Malaysia. Muslimah Fashion, Hijab Fashion, The All New Royal Blossom Series,
Telekung Kadza by Indrianna – Malaysia’s Exclusive handmade telekung/prayer Robes.

 

One thought on “Kenapa saya selalu gagal?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *