Jom Kenal Jenis-Jenis Cotton

Kadzafashion.com - Kadza by Indrianna - Jom kenal jenis cotton

JOM KENAL JENIS-JENIS COTTON

Kain yang asalnya daripada serat kapas. Kapas membolehkan kulit untuk bernafas dengan baik. Oleh itu ia merupakan jenis fabrik yang amat sesuai untuk dipakai dengan iklim cuaca panas dan lembab seperti di Malaysia ini.

Kain cotton banyak dijadikan bahan untuk membuat blouse, jubah, selimut,telekung dan sebagainya. Ia juga senang untuk dicuci.

Antara ciri – ciri lainnya:

  • nyaman dan mudah menyerap keringat saat digunakan
  • kain terasa dingin di kulit dan sedikit kaku
  • kain akan rosak apabila direndam lebih dari 2 jam.
  • noda (kotoran) dari makanan dan minyak akan mudah hilang dengan menggunakan detergent.
  • boleh dicuci dengan cucian biasa atau di dry clean
  • tidak mudah kusut (ngonyok) saat dicuci
  • apabila dibakar baunya seperti kertas terbakar, hasil pembakarannya akan menjadi abu dan jalan api lambat.

      

Jenis-jenis kain cotton.

Berikut adalah sebahagian jenis kain cotton yang popular dalam pembuatan pakaian.

  1. Cotton Jepun (Japanese Cotton)

Kain cotton yang paling eksklusif kerana sifatnya yang halus, ringan dan berkualiti. Sekilas pandang sama seperti cotton biasa, tetapi jika diperhatikan secara teliti ia mempunyai ciri khusus seperti:

  • dibagian sisi hujung bahan terdapat tulisan “japan design” dan atau terdapat kod warna pada kain tersebut.
  • daya menyerap keringat (peluh) lebih bagus.
  • harga lebih mahal daripada kain cotton lain di pasaran
  • permukaan kain lebih halus.
  • warna lebih awet dan tahan lama.
  • sering digunakan untuk blouse wanita, telekung,blouse,jubah dan sebagainya

Kami banyak membuat telekung daripada Japanese Cotton. Koleksi telekung dari Japanese Cotton boleh dilihat di sini www.kadzafashion.com

2. Cotton Paris (Paris Cotton)

Mempunyai ciri-ciri yang sama seperti cotton Jepun tetapi cotton Paris lebih nipis.

Ia biasa digunakan untuk blouse wanita, tudung dan jubah. Ianya kedua popular selepas Cotton Jepun. Namun ia paling ringan dan mudah menggerbang apabila ditiup angin.

3. Cotton Silk

Cotton jenis ini ada 2 jenis iaitu yang nipis dan tebal. Ciri-ciri kain cotton ini adalah :

  • permukaan kain lebih mengkilap.
  • harga sedikit lebih mahal di atas cotton biasa, namun tidak semahal cotton Jepun.
  • daya serap keringat paling rendah.
  • warna kilapnya tahan lama meskipun sering dicuci.

4. Cotton Minyak

Kain cotton ini sama seperti cotton lainnya cuma permukaannya terkesan berminyak (kilapnya lain dengan cotton silk).

  • harga sama dengan cotton biasa.
  • daya serap peluh yang baik.
  • kilap akan berkurang setelah beberapa kali pencucian.

5. Cotton Biasa

  • motifnya macam-macam : polos, garis, kotak, bunga atau abstrak.
  • harga lebih murah.
  • daya serap keringat sederhana bagus.
  • warnanya tahan lama meskipun masih dibawah cotton Jepun

    

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *